Scott Atlas
Scott Atlas

Scott Atlas

Scott William Atlas (lahir 5 Julai 1955)[1][2] ialah seorang ahli bedah saraf, profesor, pengulas, dan penasihat dasar penjagaan kesihatan Amerika Syarikat. Beliau merupakan anggota kanan di Institusi Hoover.[3] Beliau dipilih oleh Presiden Donald Trump pada Ogos 2020 untuk menjadi penasihat di Pasukan Petugas Koronavirus Rumah Putih.[4]Bertentangan dengan pengesyoran sebahagian besar komuniti sains, Atlas telah mendorong untuk menetapkan kekebalan kelompok,[5] pembukaan kembali sekolah dan sektor perniagaa yang lebih cepat sepanjang pandemik COVID-19, dan lebih sedikit ujian untuk virus. Pandangan dan pengaruhnya terhadap dasar telah mencetuskan kontroversi di kalangan pasukan petugas.[6][7] Atlas mengancam akan menuntut tenaga perubatan profesional yang mengkritik dakwaannya terhadap COVID-19.[8]